Monday 21 November 2011

Program Mahligai Sejahtera 2011


Kerajaan Negeri Kedah menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan program Mahligai Sejahtera 2011 pada 20 November 2011 di Dewan Sri Mentalon. Program tersebut dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Ustaz Azizan B Abdul Razak. Seramai 50 pasangan pengantin daripada seluruh daerah dalam negeri Kedah telah dipilih menyertai program tersebut.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Menteri Besar menekankan aspek amanah dan tanggungjawab yang berat yang harus dipikul oleh seorang lelaki setelah bergelar suami. Amanah ini sudah tentulah akan disoal oleh Allah swt di Akhirat nanti tentang sejauhmanakah peranannya dalam membentuk keluarga yang berlandaskan Syariat Islam dalam keadaan yang serba mencabar. Beliau turut menjelaskan bahawa program ini memberi manfaat kepada rakyat negeri Kedah khasnya bagi keluarga yang tidak bernasib baik di samping meringankan bebanan kewangan mereka apabila ingin menganjurkan kenduri kahwin.

Selepas menyampaikan ucapan perasmian, YAB Menteri Besar menyampaikan Sijil Penyertaan dan wang tunai RM 1000 setiap pasangan sebagai sumbangan untuk memulakan hidup baru sebagai suami isteri. Selepas itu, mereka bergambar kenangan bersama pasangan masing-masing dengan YAB Menteri Besar. Selepas itu, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wakil waris diberi peluang untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan kewangan dan majlis meraikan acara perkahwinan mereka oleh Kerajaan Negeri.

Tuesday 25 October 2011

Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kubang Pasu

YAB Menteri Besar Kedah akan turun padang bersama YB Exco, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke DUN Kota Siputeh dalam Daerah Kubang Pasu. Program ini dinamakan Program Mesra Rakyat yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah. Ia merupakan siri lawatan pimpinan negeri untuk beramah mesra dan meninjau perkembangan hidup dari aspek ekonomi dan sosial masyarakat setempat. 

Dalam program tersebut, berbagai atur cara telah disusun atur di mana YAB Menteri Besar akan menyampaikan ucapan, memberi sumbangan Kafalah, bantuan pelajar masuk ke IPTA serta Bantuan Am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kemudian, YAB Menteri Besar akan melawat tapak pameran yang disertai oleh agensi kerajaan dan swasta serta anak-anak syarikat kerajaan yang telah dikenalpasti. Seterusnya YAB Menteri Besar dan semua wakil rakyat akan menikmati jamuan rakyat di tapak perasmian program tersebut.

Selepas itu, YAB Menteri Besar akan melawat projek tanaman jagung secara berkelompok di Kampung Pering dan meninjau perkembangan produk kuih tradisional di Kampong Manggol Bongor. Dalam masa yang sama, semua wakil rakyat akan diagihkan mengikut mukim yang diketuai oleh Penghulu akan menziarahi rumah orang miskin, ibu tunggal dan OKU serta anak yatim di samping menyampaikan sumbangan. Pada sebelah petang pula, orang ramai berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak antara veteran Kedah (KFA) bertemu pasukan pilihan DUN Kota Siputeh yang sedang meningkat maju bagi merebut Piala YAB  Menteri Besar. 

Oleh itu, selaku Pengerusi Program Mesra Rakyat, saya mengalu-alukan kehadiran YAB Menteri Besar, Exco, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke DUN Kota Siputeh. Saya juga mengharapkan kehadiran yang ramai di kalangan masyarakat setempat untuk hadir ke tapak perasmian sebagai tanda sokongan di atas kepimpinan YAB Dato Seri Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah berjaya memimpin Negeri Kedah ke mercu kejayaan dakam tempoh 3 tahun 7 bulan.        

Tuesday 20 September 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011

Majlis Anugerah Cemerlang Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 19 September 2011 di Dewan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato Hj Mohamed Taulan B Mat Rasul mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad dan YB Tan Choo Kang serta Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Dato Wira Dr Jamil B Osman.

     
Dalam ucapannya, beliau menyatakan tujuan majlis tersebut dianjurkan adalah untuk meraikan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM 2010 yang lalu. Kerajaan Negeri menyanjung tinggi usaha para ibu bapa dan waris pelajar yang rajin berusaha mendidik anak-anak agar berjaya dalam pelajaran. Kerajaan Negeri juga berharap kejayaan yang dikecapi haruslah cemerlang di dunia dan di akhirat, akademik dan akhlak, ilmu dan iman, politik, sosial, budaya dan ekonomi.

Beliau juga menegaskan bahawa kecemerlangan pendidikan adalah suatu aras yang paling tinggi dan sempurna yang diharapkan oleh semua pihak. Ia merujuk kepada konsep dan asas pemikiran yang bersifat holistik dan mantap, konsep kualiti pembangunan modal insan yang sebenar dan menyeluruh dan kecemerlangan dalam seluruh mata pelajaran.Namun begitu, Kerajaan Negeri memandang berat perkembangan modal insan yang berada di tahap parah iaitiu nisbah kelahiran anak-anak luar nikah semakin meningkat, rogol dan bunuh menjadi-jadi, budaya lucah, korupsi dan rasuah bertambah, politik porno dan penyebaran video lucah untuk mengaibkan orang politik semakin meruncing.

Walaupun Kerajaan Negeri menghadapi kekangan kewangan yang boleh membantutkan pencapaian pelajar, tiada bantuan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri, adanya diskriminasi Kerajaan Pusat dalam mengagihkan bantuan kewangan dari sudut pelajaran, para pelajar di Kedah masih berupaya merangkul kejayaan dalam peperiksaan hasil kerjasama para ibu bapa/waris, guru-guru dan para pelajar.

Sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan mereka, Kerajaan Negeri telah mengadakan majlis tersebut dengan memberi hadiah wang tunai mengikut kategori peperiksaan. Seramai 344 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan iaitu Hadiah Terbaik SPM Peringkat Daerah seramai 191 orang di mana setiap orang menerima wang tunai RM 200, Hadiah Terbaik STPM Peringkat Daerah seramai 52 orang dan Hadiah Terbaik STAM Peringkat Daerah seramai 101 orang masing-masing menerima wang tunai RM 250 setiap orang. Manakala Hadiah Cemerlang SPM Peringkat Negeri seramai 18 orang dengan wang tunai RM 250 setiap orang, Hadiah Cemerlang STPM Peringkat Negeri seramai 27 orang dan Hadiah Cemerlang STAM Peringkat Negeri seramai 37 orang masing-masing menerima wang tunai RM 300 setiap orang. Bantuan keseluruhan wang tunai yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri ialah RM 100,150.     

    

Wednesday 7 September 2011

Timbalan Menteri Besar : Gerakan Kedah cuba lagakan PAS

Mengapa Gerakan beriya-iya sangat nak suruh Kerajaan Negeri mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar Kedah ? Apakah Gerakan juga pernah membuat cadangan yang sama terhadap Menteri Besar terdahulu, Dato Seri Syed Razak B Syed Zain ketika beliau sakit strok penghujung tahun 2005 lalu ? Semua ini adalah helah politik Gerakan yang mahu kepimpinan Kerajaan Negeri tidak stabil dan cuba melaga-lagakan kepimpinan PAS yang mengetuai Kerajaan Negeri.  

Jika diteliti akbar Sinar Harian 6 September 2011, Ketua Pemuda Geraka ,Tan Keng Liang memberi 5 alasan mengapa perlu diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar Kedah. Isu  ini tercetus apabila sebuah akhbar telah melaporkan bahawa Menteri Besar sakit selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara sejak 29 julai lalu dan perlu berehat panjang. Akhbar tersebut menyebut 3 nama sebagai bakal pengganti atau Pemangku Menteri Besar iaitu ADUN Pengkalan Kundor, ADUN Tokai dan ADUN Anak Bukit yang kesemuanya adalah Exco Kerajaan Negeri. 

Pada pandangan peribadi saya, Ketua Pemuda Gerakan tidak faham atau tidak tahu fasal-fasal yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Eloknya beliau mengkaji dan mendalami terlebih dahulu sebelum  mengeluarkan sebarang kenyataan. Alasan menyamakan organisasi syarikat dan parti politik dengan Kerajaan tidaklah tepat kerana teori pentadbiran Kerajaan dengan teori pengurusan syarikat atau parti politik ada perbezaan yang ketara. Jika alasan sakit sebagai satu keperluan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar, sepatutnya beliau kena syorkan kepada semua negeri di Malaysia perlu meminda atau menggubal undang-undang baru untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar. Sekarang ini ada negeri di bawah BN tidak mempunyai Timbalan Menteri Besar. 

Memang diakui bahawa tugas Menteri Besar banyak dan sibuk tetapi tugasan tersebut diagihkan kepada 10 orang exco sebagai pembantu Menteri Besar. Menteri Besar sendiri dalam kenyataannya menyebut bahawa pembantu beliau adalah Exco Kerajaan Negeri dan beliau berpuashati dengan prestasi semua exco yang menjalankan tugas masing-masing dengan baik semasa Menteri Besar berada di IJN. Tidak timbul buat masa ini untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar Kedah kerana Menteri Besar sudahpun kembali bertugas seperti biasa. Mesyuarat exco dapat diadakan derngan baik dan kestabilan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar. Tiada masalah pun. Yang menjadi masalah bagaimana nak timbulkan masalah kepada pemimpin PAS Kedah dan cuba melaga-laga sesama mereka. 

Dalam hal ini, saya dapati pemimpin PAS tidak pernah melatah dengan celoteh akhbar yang membincangkan isu ini. Bagi PAS, soal kepimpinan adalah amanah bukan suatu jawatan yang diimpikan untuk direbut dan bukan suatu platform untuk membina kekayaan. Tidak pernah Menteri Besar dan Exco di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang PAS mengetuainya memberi laluan mudah kepada mereka untuk mengaut khazanah negeri  demi kepentingan peribadi mereka. Buktinya tiada pemipin PAS yang pegang jawatan dalam Kerajaan pernah disabitkan atas kesalahan jenayah rasuah. Berbeza pula dengan pemimpin Barisan Nasional  yang saban waktu dilaporkan dalam media telah didakwa dan disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah. Inilah etika kepimpinan yang diajar oleh Islam yang PAS jadikan sebagai dasar perjuangan dengan mengambil contoh sirah Rasulallah saw dan para sahabat baginda yang menjadi Khalifah Islam terdahulu.        

Friday 26 August 2011

Majlis berbuka puasa dan sumbangan YAB MB


Pejabat YAB Menteri Besar sekali lagi menganjurkan majlis berbuka puasa di kediamannya di Sri Mentalon pada 24 Ogos 2011. Kali ini tetamu undangan beliau ialah golongan ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir miskin dan muallaf dari seluruh daerah. Seramai 27 penerima sumbangan telah dikenalpasti dalam seluruh DUN Negeri Kedah. Mereka menerima barangan keperluan hari raya dan wang tunai RM 150 setiap orang. YB Dato Ir Hj Phahrolrazi mewakili YAB Menteri Besar menyampaikan sumbangan. 



Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah, YB Ust Hj Abd Ghani b Hj Ahmad diberi penghormatan menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam DUN Ayer Hitam. Begitu juga bagi penerima dalam DUN masing-masing akan menerima daripada ADUN/EXCO yang hadir. Antara tetamu yang hadir  YB Dr Abdu Isa B Ismail, YB Dato Ir HJ Amirudin B Hamzah, YB Dato Mohd Taulan B Rasul, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Dato Anas B Ahmad Zakie serta ADUN/Ahli Parlimen dan Ahli Dewan  Negara.


YB Dato Ir Hj Phahrolrazi mewakili YAB Menteri Besar sedang menyampaikan tazkirah kepada hadirin. Beliau mengingatkan kepada semua pihak agar menunaikan kewajipan sebagai orang yang beriman dengan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik. Tiada bezanya antara orang kaya dengan orang miskin dan berpangkat tinggi atau rendah melainkan wujud perbezaan ialah hanya mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sahaja.                                                                      


Majlis Sumbangan Aidil Fitri Koperasi Pekan Rabu


Buat julung kalinya, Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad (KPRASB) menganjurkan Majlis Sumbangan Aidil Fitri pada 22 Ogos 2011 lalu di Dataran Che Det Mall. Pihak KPRASB telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan sumbangan tersebut. Turut serta Puan Pauziah Bt Taib (Pengurus Besar TM Kedah/Perlis), Puan Rosida Bt Ramli (Penolong Pengarah SKMM Kedah) dan AJK KPRASB.










Seramai 50 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada ahli keluarga peniaga KPRASB, ibu tunggal, fakir miskin, OKU dan anak yatim menjadi tetamu istimewa KPRASB. Mereka menerima hamper barangan keperluan hari raya dan wang tunai sebanyak RM 100 setiap orang. KPRASB mendapat tajaan daripada TM Kedah/Perlis, Bank Rakyat, ahli korporat dan peniaga KPRASB sendiri.    


Selepas berakhir majlis tersebut, KPRASB mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir. KPRASB berpuashati dengan kejayaan program tersebut yang mendapat kerjasama baik daripada semua pihak dan tetamu jemputan. 

Wednesday 24 August 2011

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Elaun MKK

Seperti biasa pada setiap tahun, YAB Menteri Besar telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama wakil rakyat, pegawai dan kakitangan kerajaan negeri serta MKK. Dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar hadir dan menyampaikan tazkirah Ramadhan kepada tetamu. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan program yang disusun kerana bercuti disebabkan masalah kesihatan. Beliau terharu melihat sambutan yang baik daripada pelbagai kaum yang hadir dalam majlis tersebut.  

Sempena majlis tersebut, semua Pegawai Daerah telah menerima mock cheque pembayaran elaun MKK Zon Utara yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar. Setiap Pengerusi MKK akan menerima elaun mulai April - September 2011 berjumlah RM 1800 manakala Setiausaha MKK pula menerima elaun mulai Januari - September 2011juga berjumlah RM 1800. Kelihatan Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Puan Balkis Binti Abu Bakar menerima mock cheque daripada YB Dato Ir Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi.

Di zon Selatan pula, YB Dato Ir Hj Amirudin B Hamzah mewakili YAB Menteri Besar turut menyampaiakn elaun Pengerusi dan Setiausaha MKK di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai (4PLJ), Sungai Petani. Kelihatan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Encik Abdul Rahman Bin Hj Salleh menerima mock cheque daripada YB Dato Ir Hj Amirudin B Hamzah.  
Dalam kesempatan majlis tersebut, YB Dato Ir Hj Amirudin B Hamzah turut menyampaikan tazkirah Ramadhan kepada tetamu yang hadir. Antara tetamu yang hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, YB Dato Dr Hamdan B Mohd Khalib, YB Ustazah Siti Aisyah Bt Hj Ghazali, YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad, YB S.Manikumar dan YB Tan Chow Kang. ADUN terdiri daripada YB HJ Abdullah Bin Jusoh, Johari B Abdullah, YB Yaakob B Hussain dan YB Senator Yusuf B Hussin dan YB Saiful Izham B Ramli. Turut serta semua pegawai daerah, penghulu dan pengerusi serta setiausaha MKK.     

Monday 22 August 2011

Kunjungan hormat Usahawan Ningxia, China

Saya menerima kunjungan hormat Mr Wilson Wang, Director dan Mr Chong Hi San, Executive Director Yu Loong International Sdn Bhd di Ningxia, China. Kedatangan mereka berdua adalah untuk membuat jemputan rasmi kepada Kerajaan negeri Kedah untuk menyertai 2011 China (Ningxia) International Investment & Trade Fair  And China - Arab States Economics and Trade Forum yang akan berlangsung pada 21 - 25 September 2011.

Dalam masa yang sama turut diadakan perbincangan ringkas tentang hasrat mereka agar kedua-dua negara China dan Kedah memikirkan suatu program yang melibatkan usahawan yang boleh menjalin hubungan dua hala dalam bidang perniagaan eksport dan import. Mereka juga mengalu-alukan kedatangan wakil kerajaan negeri Kedah ke Ningxia dalam menjalin kerjasama yang lebih erat khasnya mengadakan business matching dalam produk makanan halal dan barangan tempatan.

Selepas itu, mereka mengadakan kunjugan hormat ke pejabat Timbalan Rektor INSANIAH (Akademik)untuk mendapat gambaran yang jelas tentang bidang pendidikan Islam yang mana terdapat rakyat negara China yang belajar di sini.  



Friday 12 August 2011

Majlis Perasmian Kompleks Pusat Islam UUM dan Berbuka Puasa

Kebawah Duli Yang Maha Tuanku Sultan Kedah dan Sultanah Kedah telah mencemar duli berangkat ke Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Ogos 2011 jam 6.00 petang sempena majlis perasmian Kompleks Pusat Islam UUM. Sebagai Canselor UUM, baginda turut serta dalam majlis berbuka puasa bersama  pegawai dan kakitangan UUM. Turut serta Pro-Canselor, Ahli Majlis Universiti, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Mufti Negeri Kedah,  Exco Kerajaan Negeri, Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad, ADUN Bukit Kayu Hitam, Dato Hj Ahmad Zaini B Japar.
   
Tuanku Canselor menandatangani plak perasmian Kompleks Pusat Islam UUM yang bernilai RM 6,525,680.70 yang dibina dalam RMK 9 melalui peruntukkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kompleks tersebut mula dibina pada 10 November 2008 dan siap pada Disember 2010. Kompleks ini beroperasi sebagai pusat pentadbiran dalam meninggikan syiar Islam di kalangan warga universiti di samping menyediakan ruang yang lebih besar untuk Pusat Islam bergerak menerusi program dan aktiviti yang dirancang pada setiap masa.  


 Dalam titah ucapan, Tuanku Canselor berasa sungguh gembira kerana Kompleks Pusat Islam berjaya disiapkan mengikut jadual. Pembinaaan kompleks ini menjadi bukti bahawa UUM sangat bersungguh-sungguh untuk membangunkan dan membudayakan masyarakat yang berilmu dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Baginda menaruh keyakinan dengan adanya kompleks ini, Pusat Islam akan dapat mempertingkatkan aktiviti berkaitan keagamaan, kerohanian, dakwah, ceramah, forum, kursus, latihan dan sebagainya kepada warga UUM.

 Dalam majlis tersebut, Tuanku Canselor diberi penghormatan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 5 orang masyarakat yang tinggal di sekitar kampus UUM.

Tuanku Canselor menyerahkan wang zakat pendapatan pegawai dan kakitangan UUM sebanyak RM 1,195,000.00 dan wang zakat anak syarikat UUM iaitu UMSB sebanyak RM 35,000 kepada Dato Syeikh Ghazali B Yaakob, Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah. 

Tuanku Canselor menerima cenderamata berupa Netbook yang mengandungi perisian pembelanjaran Al-Quran yang baru dilancarkan oleh Prof Dato Dr Mohamad Musatafa B Ishak, Naib Canselor UUM. 

Majlis Penyampaian Bantuan Am Pejabat Kebajikan Daerah Kubang Pasu

Majlis tersebut telah diadakan pada 11 Ogos 2011 jam 10.30 pagi di Dewan Padang Sera, Kodiang. Saya diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut. Turut kelihatan ialah Hj Zulkiply B Hj Ramli Pengarah JKM Negeri, Puan Ayu Bismin Bt Ahmad Penolong Pengarah Jabatan Audit Negeri, Hj Shabbri B Othman Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu dan Hussain B Omar Penghulu Mukim Jerlun. Turut serta Pegawai Khas Exco Wan Yusof, Pengarah PKD Kota Siputeh, Mohd Asri B Ghazali, Kakitangan Pejabat Kebajikan Daerah, MKK dan 100 orang penerima sumbangan tetap.   

Dalam ucapan tersebut, saya menarik perhatian kepada penerima sumbangan agar menanamkan sifat syukur di atas nikmat yang diberikan Allah. Mereka bernasib baik mendapat bantuan bulanan JKM disebabkan maklumat yang diberikan adalah benar dan tulus ikhlas. Jika bantuan yang diterima disebabkan maklumat yang diberikan tidak benar maka bantuan yang diterima tidak mendatangkan barakah dan akan hilang dengan cepat. Sempena Ramadhan ini, kita jangan lupa simpan wang yang diterima sebanyak RM 7.00 sebagai zakat fitrah. kadangkala ada penerima sumbangan menghabiskan wang dengan tujuan lain tanpa disedari kewajipan mengeluarkan fitrah.   

Seramai 6200 orang klien JKM di Daerah Kubang Pasu sehingga Julai 2011. Walaubagaimanapun terdapat 34 orang penerima sumbangan yang bertindih di mana dalam masa yang sama mereka juga mendapat bantuan zakat daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah. Dalam hal ini, JKM telah membuat pemutihan di mana seramai 30 orang diserahkan kepada Jabatan Zakat manakala 4 orang kekal di bawah JKM. Selain menerima sumbangan wang bulanan RM 150.00, mereka juga turut menerima sumbangan hamper barangan keperluan menyambut hari raya yang disediakan oleh PKWR Ayer Hitam.  
Selain daripada penerima bantuan am tetap bulanan, turut disampaikan bantuan kerusi roda kepada 3 orang pesakit yang juga terdiri di kalangan ahli keluarga klien JKM. Begitu juga insentif kepada 11 orang anak klien JKM yang membuat latihan di Pejabat Kebajikan Daerah Kubang Pasu turut diberikan setiap seorang RM 500.00 di atas khidmat bakti mereka membantu JKM Daerah Kubang Pasu.


 

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke 54 Peringkat Negeri Kedah

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-54 Peringkat Negeri Kedah diadakan pada 16 Ogos 2011 jam 3.00 petang di Star Walk ,Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis tersebut akan dirasmikan pelncarannya oleh YB Dato Ir Hj Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi mewakili  YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah. Turut hadir Ahli-Ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai Daerah, Yang DiPertua Majlis Daerah, Ahli Majlis, NGO dan Syarikat swasta/korporat 
Dalam majlis tersebut, YB Dato Ir Phahrolrazi telah menyampaikan ucapan tentang Bulan Kemerdekaan, melakukan gimik pelancaran dengan melepaskan belon Bendera Malaysia ke udara, menyerahkan bendera Malaysia kepada wakil jabatan kerajaan, sektor swasta/korporat, NGO dan sebagainya. Beliau turut memasang bendera Malaysia pada kenderaan terpilih daripada kelab Proton, Motorsikal berkuasa tinggi dan juga teksi.




 
     

Monday 8 August 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Kedah

Petang tadi berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Kedah yang telah ditetapkan sambutan secara serentak di Peringkat Persekutuan dan di seluruh negeri pada 16 September 2011. Sepatutnya sambutan tersebut berlangsung pada 31 Ogos pada setiap tahun tetapi oleh kerana tahun 2011, tarikh tersebut bertembung dengan Hari Raya Kedua Aidil Fitri maka tarikhnya diubah kepada 16 September sempena Hari Malaysia.

Sambutan Hari Kemerdekaan akan bermula pada 16 Ogos 2011 di mana majlis pelancaran dan penyerahan bendera Malaysia akan disampaikan oleh  Exco Kanan Kerajaan Negeri, YB Dato Ir Hj Phahrolrazi B Mohd Zawawi.  Kemudian acara selanjunya ialah Ambang Merdeka pada 15 September 2011 mulai jam 10 - 12 tengahmalam di Perkarangan Stadium Darul Aman di mana sebelumnya diadakan majlis bacaan Yaasin dan Tahlil di Masjid Zahir, Alor Setar. Sambutan Ambang Merdeka  jatuh pada malam Jumaat dan pengisian program pada malam tersebut  akan disesuaikan dengan majlis yang berunsur keagamaan dan patriotik selaras dengan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997.    

Acara kemuncak sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah majlis perarakan kontijen yang akan disertai jabatan/agensi kerajaan, sektor swasta/korporat, persatuan dan badan  bukan kerajaan (NGO), persatuan pelajar sekolah menengah/rendah, pasukan beruniform dan sebagainya. Oleh kerana 16 September 2011 jatuh pada hari Jumaat maka sambutannya akan dibuat pada 7.30 pagi dan akan tamat sekitar jam 12.30 tengahari di Jalan Tunku Ibrahim berhadapan Pekan Rabu. Selepas solat Jumaat, majlis jamuan teh akan diadakan dan penyampaian hadiah kepada pasukan yang cemerlang dalam majlis perarakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.                

Saturday 6 August 2011

Kebajikan : Adakah hanya di bulan Ramadhan sahaja ?

Sejak mula kita menjalani ibadah ramadhan tanggal 1 Ramadhan hingga ke hari ini, hampir setiap hari ada sahaja majlis penyampaian sumbangan dan bantuan kepada orang fakir miskin, ibu tunggal/ibu tinggal, anak yatim, saudara baru dan beberapa asnaf yang lain. Saya juga salah seorang yang dijemput untuk meraikan majlis yang dianjurkan samada oleh pihak kerajaan, pihak NGO atau parti dan kadang-kadang diberi peluang untuk menyampaikan sumbangan tersebut. Pihak saya juga tidak ketinggalan turut sama menyalurkan sumbangan kepada golongan yang sama.

Baru sebentar tadi, saya dijemput oleh PERKIM cawangan Ayer Hitam dengan kerjasama Surau Siti Aminah, Sungai Korok, Alor Biak menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai. Barangan tersebut dan wang tunai disediakan oleh syarikat korporat yang ada nama di Ayer Hitam di mana bossnya juga orang politik yang berbeza dengan saya. Saya juga berpeluang menyampaikan tazkirah Ramadhan kepada semua golongan di atas seramai 130 orang dan Ahli Jawatankuasa Penganjur.   

Terfikir sejenak difikiran saya mengapa semua pihak begitu gemar membuat kebajikan di bulan Ramdhan sahaja ? Sedangkan di bulan yang lain mereka agak kurang atau jarang menganjurkan bantuan sedemikian. Bukankah nasib golongan tersebut telah lama wujud, bukan terjadi ketika bulan Ramdhan. Betul, saya akui bahawa ganjaran membuat kebajikan di bulan Ramdhan antara 10 - 700 kali ganda. Apakah niat sebenar kebajikan yang kita buat? Nak dapat ganjaran semata-mata atau nak penuhi hak dan kewajipan terhadap golongan yang berhak di sisi Allah.

Sebelum ini nasib golongan ini agak sukar mendapat bantuan biarpun diberikan bukti dan dokumen bertulis bahawa mereka terdiri di kalangan golongan di atas. Pelbagai tanggapan negatif diberikan kepada mereka hingga kadang-kadang permohonan mereka ditolak dengan alasan tiada peruntukkan, syarikat tidak untung, tiada keputusan sebab mesyuarat belum putus lagi dan berbagai-bagai alasan yang diberikan. Akhirnya, tempat mengadu mereka ialah Pusat Khidmat Wakil Rakyat samada mereka datang sendiri atau melalui ketua kampong. Pusat Khidmat Wakil Rakyat pula akan berusaha untuk memenuhi permintaan tersebut samada menyediakan peruntukkan melalui bajet wakil rakyat atau memperolehi sumbangan-sumbangan atas iniasitif sendiri. Itulah hakikat kehidupan seseorang wakil rakyat yang tidak dapat tidak 'mengatasi' masalah mereka.

Justeru itu,  saya berpandangan bahawa semua pihak yang berautoriti samada di pihak agensi kerajaan/korporat, Badan Kebajikan dan Badan Sukarela atau apa sahaja yang ada seharusnya memudahcara fungsi mereka dengan cepat dan berkesan. Apa yang diharapkan oleh golongan ini ialah apa yang dihajati akan tercapai. Mereka kurang periksa tentang prosedur permohonan.Yang penting bagi mereka ialah mereka dapat apa yang mereka nak. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah pihak menjalankan fungsi mereka dengan baik dan cepat. Tapi ada sesetengah pula cuba melambat-lambatkan dengan pelbagai alasan. Inilah yang dinamakan karenah birokrasi. Bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi pernah mengeluh tentang karenah birokrasi di jabatan kerajaan yang fungsi jabatan tersebut ada kaitan langsung dengan rakyat di bawah.     

Pada hemat saya, amal kebajikan mesti dilakukan pada setiap masa dan ketika. Jangan hanya tunggu bulan Ramdhan tiba baru nak cadang buat kebajikan atau memprogramkan kebajikan. Kita penuhi seruan Allah dalam Al-Quran : " Marilah berlumba-lumba membuat kebajikan". Dalam hal ini, biarlah kita mengukur niat sebenar kita dalam membuat kebajikan. Kitalah yang mampu memberi jawapan sebenar.           
           

Friday 5 August 2011

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Guru Al-Quran dan Bidan peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan pada hari ini di Masjid Lembah Keriang, Changloon. Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat YAB Menteri Besar Kedah sejak 2009 lalu. Exco Kerajaan Negeri YB Dato Hj Mohamed Taulan B Mat Rasul hadir mewakili YAB Menteri Besar disebabkan YAB Menteri besar sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara. Turut kelihatan dalam majlis tersebut, Speaker DUN YB Dato Dr Abdu Isa B Ismail, Exco Kerajaan Negeri, YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad, ADUN Bukit Kayu Hitam YB Dato Ahmad Zaini B Japar, Pengurus Besar YINK Hj Abdul Rahman B Ismail dan Wakil Pegawai Daerah Encik Norazman B Nordin serta penghulu.          

Seramai 824 orang penerima sumbangan yang terdiri guru Al-Quran/Tajwid dan Bidan hadir dalam majlis tersebut. Mereka menerima sumbangan wang tunai setiap seorang RM 150 dan barangan keperluan harian. Sumbangan disediakan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah dan diselaraskan oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu. Sumbangan disampaikan oleh YB Dato Taulan, YB Dato Dr Abdul Isa dan YB Ust Hj Abd Ghani. Rata-rata di kalangan penerima berpuashati dengan sumbangan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang begitu prihatin dengan fungsi mereka membangunkan masyarakat. Mereka sedar bahawa kerjaya mereka tidak pernah diberi perhatian sebelum ini dan tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri membuktikan pengiktirafan terhadap kerjaya mereka yang mulia. Mereka juga gembira kerana sumbangan yang diterima dapat dimanfaatkan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.   

YB Dato Hj Mohamed Taulan B Mat Rasul menerima cenderahati daripada Pejabat Daerah Kubang Pasu kerana sudi merasmikan majlis penyampaian sumbangan tersebut.

Majlis Penyampaian Bantuan Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2011

Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2011 telah diadakan di Dewan Wawasan Gemilang, Sik. Majlis tersebut diserikan lagi dengan keberangkatan Sultanah Kedah, Tuanku Hajjah Hamimah Binti Hj Hamidun yang turut menyampaikan sumbangan tersebut.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Wanita Kedah di Wilayah Persekutuan/Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah Sik. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan iaitu YB Ustazah Hjh Aishah Bt Hj Ghazali selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad dan YB S.Manikumar. Selain daripada itu antara kenamaan lain ialah YB Che Uda B Che Nik Ahli Parlimen Sik, YB Hj Yahya B Abdullah ADUN Jeneri, Datuk Ismail B Said Pegawai Daerah Sik, Datin Wira Hasnah Bt Abu Samah Pengerusi Persatuan Wanita Kedah di Wilayah Persekutuan/Selangor, Penghulu Mukim, Ahli Majlis dan Pengerusi MKK/Ketua Komuniti. 
             
Seramai 150 orang penerima bantuan yang terdiri di kalangan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan OKU daripada 4 Mukim dalam Daerah Sik. Sumbangan diberikan dalam bentuk barangan keperluan harian dan wang tunai. Sumbangan tersebut disalurkan oleh Yayasan Sultanah Hamimah yang mana baru sahaja ditubuhkan pada 15 Julai 2011 lalu. Dalam majlis tersebut, para dermawan dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan melalui Yayasan Sultanah Hamimah agar banyak program kebajikan dapat dilaksanakan.   


Tuesday 2 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Dan Tazkirah

Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat YAB Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon hari ini nampaknya dingin dan hambar. Juadah berbuka puasa berlebihan dan bilangan tetamu tidak penuh di meja yang diatur. Faktor kehadiran yang kurang memuaskan disebabkan sangkaan tetamu bahawa YAB MB tidak dapat hadir telah meniti di bibir sebelum majlis berlangsung. Majlis tersebut merupakan program rutin pada setiap tahun yang dianjurkan untuk meraikan semua wakil rakyat, ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ahli Lembaga Pengarah GLC, Ahli Majlis dan MKK/Komuniti.

Bagi meneruskan majlis tersebut, YAB MB telah mewakilkan kepada YB Dato Ir Hj Phahrolrazi B Mohd Zawawi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk hadir dan menyampaikan tazkirah Ramadhan. Alhamdulillah, wakil MB dapat mengulas tazkirah dengan baik biarpun tidak sama dengan tazkirah yang disampaikan oleh YAB MB pada tahun-tahun sebelumnya.           


Majlis tersebut turut dihadiri oleh kaum bukan Islam antaranya YB Tan Chow Kang, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, YB Lee Guan Aik ADUN Kota Darulaman dan Ahli Majlis daripada kaum Cina dan India. kehadiran mereka menandakan sokongan yang padu terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang dan sekaligus membuktikan bahawa corak pentadbiran sekarang tidak membezakan antara kaum dan budaya asalkan Kedah Sejahtera : Nikmat Untuk Semua. 

Sunday 31 July 2011

Majlis Penyampaian Sijil Amanah Kepimpinan PAS Kedah

Hari ini 30 Julai 2011, PAS Kedah telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Amanah Kepimpinan kepada semua AJK yang dilantik untuk menganggotai 24 Lajnah dan Sekretariat BPPNK. Majlis tersebut diadakan di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Jalan Kota Sarang Semut yang disampaikan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi B Hj Awang. Majlis ini dimanfaatkan apabila kehadiran Dato Seri Presiden turut merasmikan Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) di Pokok Sena pada sebelah pagi dan ceramah pada sebelah malamnya.

Turut hadir TPJ, YB Dato Hj Ir Phahrolrazi B Mohd Zawawi, YB Dr Ismail B Salleh dan Ust Mohd Isa B Syafie manakala SU BPPNK, Ust Musaddaq B Hj Ahmad, Ketua Pemuda, Ust Ahmad B Yahya, Ketua Muslimat, YB Ustazah Aisyah Bt Hj Ghazali, Pengarah JPN, YB Sen Hj Yusof B Hussin serta Ahli BPPNK turut hadir untuk menerima washiqah pelantikan daripada Presiden. Walau bagaimanapun, YAB Pesuruhjaya tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Dalam ucapannya, Presiden menekankan peri pentingnya amanah dalam memimpin jamaah Islam (PAS) ini wajar diberi keutamaan dengan menjadikan tugas utama manakala tugas mencari nafkah seharian dapat dimanfaatkan untuk kepentingan jamaah agar jamaah terus mantap di samping keperluan ahli keluarga yang juga tidak boleh diabaikan. 

Selanjutnya, Presiden menjelaskan bahawa Islam yang diperjuangkan ini akan terus kekal  biarpun pemimpin silih berganti. Inilah lumrah perjuangan akan diuji kepada segenap insan yang bergelar pemimpin samada ujian ketika senang atau susah dan sihat atau sakit . Oleh itu, kita yang dilantik sebagai pemimpin tidak harus mensia-siakan kehendak jamaaah kerana hidup berjamaah ada keberkatannya.              

Friday 29 July 2011

Lawatan ke Pasar di Pekan Sungai Korok, Alor Biak





Bertanyakan sesuatu kepada salah seorang peniaga di pasar tersebut ekoran ramai di kalangan peniaga ikan menerima notis operasi sita daripada Majlis Daerah Kubang Pasu.










Menerangkan isu sebenar seperti yang terkandung dalam notis sita kerana ada di kalangan peniaga yang membayar dengan elok tanpa ada tunggakan sewa tetapi termasuk dalam senarai operasi sita.



Menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh salah seorang peniaga yang tutut menerima notis tersebut.  Turut hadir Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Hj Abu Seman Saad dan Cik Aishah Don serta kakitangan PKWR Ayer Hitam dan MKK.  

Thursday 28 July 2011

Perasmian Seminar Muamalat dan Perbankan Islam

Seminar Muamalat dan Perbankan Islam dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah pada 27 Julai 2011 di Dewan Muadzam Syah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Dalam majlis perasmian tersebut, turut dilancarkan Pelan Strategik 2011 - 2015 dan laman web Jabatan Mufti di alamat http//muftikedah.com.

Seminar tersebut dibentangkan oleh Dr Hj Zaharuddin B Hj Abdul Rahman yang merupakan Penasihat Syariah RHB Bank dan Pensyarah UIAM. Para peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan bank, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan, pelajar Kulliyah Muamalat KUIN, Imam dan pegawai Masjid serta orang perseorangan.

Seminar ini adalah bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat yang boleh menerima konsep muamalat Islam seperti jual beli, pinjaman dan sistem gadaian yang menjadi rutin kehidupan masyarakat agar bebas daripada unsur riba bahkan orang bukan Islam tidak segan silu berurusan dengan Bank Islam atau bank-bank konvensional yang membuka kaunter Islamic seperti Maybank, Public Bank, BSN dan sebagainya.

Selain daripada itu, seminar tersebut diharapkan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang selok-belok muamalat Islam yang berasaskan at-Tasyriq al-Islami. Di samping itu, ia juga dapat mengupas dengan detail tentang konsep ekonomi Islam dan mengemukakan alternatif kepada kerajaan dan ummah islam sejagat untuk merealisasikannya dalam kehidupan seharian.      

Wednesday 27 July 2011


Sempat menziarahi allahyarham Puteh atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Teh yang telah meninggaldunia di kampung Permatang Kenanga. Allahyarham meninggaldunia ketika usianya mencecah 104 tahun dan merupakan ahli PAS tertua yang dihormati dan menjadi tonggak di kampong tersebut.  


Menyampaikan wang kafalah sebanyak RM 500 kepada anak sulungnya. Wang kafalah ini merupakan sumbangan Kerajaan Negeri untuk digunakan membiayai kos pengkebumian jenazah. 

Istiadat Pengurniaan Tauliah Dato Bandar MBAS

Istiadat pengurniaan tauliah Dato Bandar MBAS telah berlangsung di Istana Anak Bukit pada hari ini. Majlis pelantikan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah kepada Dato Hj Mat Noh B Hj Ahmad. Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Kerabat Diraja, Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Sebelum dilantik menjadi Dato Bandar, Dato Mat Noh merupakan Pegawai Daerah Kulim. Sepanjang menjadi Pegawai Tadbir Negeri, beliau pernah menjawat jawatan yang lain iaitu Penolong Setiausaha Kerajaan, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Khas SUK, Pentadbir Tanah Daerah dan Setiausaha MBAS.  

Selepas pelantikan tersebut, Dato Mat Noh yang sempat ditemui telah berazam akan melaksanakan segala polisi dan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan sebagai bandar yang bersih daripada segala sampah sarap, mengurangkan pusat-pusat hiburan yang berunsur maksiat, menjadikan Alor Setar sebagai bandar yang selamat dikunjungi oleh semua rakyat dari pelusuk tempat.  

Thursday 21 July 2011

Istiqbal Ramadhan : Sejauh manakah persediaan kita ?

Ramadhan 1432 H bakal menjenguk kita kira-kira 12 hari lagi. Masa berlalu pantas seolah-olah kita baru sahaja selesai mengerjakan ibadah Ramadhan 1431 H yang lalu. Inilah peringatan Allah kepada hambanya bahawa salah satu tanda hampir Qiamat ialah masa bergerak terlalu cepat. Meskipun begitu, apakah persediaan kita untuk menyambut ketibannya ? Sejauh manakah tahap keimanan kita untuk menerima kehadirannya dengan tenang dan lapang dada ? Semua ini akan terjawab apabila kita menerima kehadirannya dengan penuh tawadduk dan keimanan yang tinggi bahawa ianya adalah satu perintah Allah melalui Rukun Islam yang wajib kita amalkan.

Jika kehadiran Ramadhan disambut dengan gembira dan tawadduk kerana melaksanakan perintah Allah maka tidak timbul lagi perasaan ghaflah atau ragu tentang kewajipan berpuasa dengan tidak mengunjungi kedai-kedai makan di siang hari dan tidak boleh menghadiri pusat-pusat hiburan yang wujud di sana sini samada premis itu dipunyai oleh orang Islam atau orang bukan Islam. Salah satu kewajipan pemerintah apabila diberi kuasa untuk memerintah ialah memastikan semua orang Islam agar patuh serta taat kepada perintah Allah melalui bidangkuasa yang ada. Kuasa inilah yang diinginkan oleh kita yang meletakkan kuasa tersebut sebagai amanah Allah untuk merealisasikannya. 

Setinggi tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Kedah yang berjaya menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada rakan dan lawan. Biar apapun cabaran yang mendatang, yang pasti sedikit ruang kuasa yang diizinkan Allah itu dapat kita jadikan sebagai contoh kepada negeri yang lain bahawa Kedah akan cuba melaksanakan Syariat Allah dalam konteks yang mampu dilaksanakan. 

Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat yang kental kepada YAB Menteri Besar Kedah serta barisan exco dan wakil rakyatnya untuk berhadapan dengan rakyat yang kosmopolitan di bandar-bandar utama yang ada di Kedah.        

Tuesday 19 July 2011

Penyampaian Dana Teroka Usahawan PKNK

Pagi tadi saya telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan menyerahkan bantuan Dana Teroka Usahawan Kali 1/2011 di Tingkat ,7 Wisma PKNK, Alor Setar. Seramai 28 orang usahawan yang terpilih menerima bantuan tersebut dengan jumlah sebanyak RM 565,000.00. Kadar pinjaman tersebut antara RM 5,000 hingga RM 50,0000. Mulai 2011, PKNK telah memperuntukkan bantuan tersebut sebanyak RM 3 juta, 2010 sebanyak RM 2 juta, 2009 sebanyak RM 1.7 juta dan 2008 sebanyak RM 500,000.00.

Pinjaman ini diuruskan oleh PKNK iaitu sebuah organisasi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor ekonomi negeri. Dalam hal ini, iniasitif telah diambil oleh PKNK untuk membantu para usahawan atau bakal usahawan yang ingin menceburi perniagaan tetapi tiada sumber kewangan iaitu modal untuk memulakan perniagaan. Pinjaman ini hanya diberikan kepada para usahawan yang gagal mendapat pinjaman atau tidak cukup syarat untuk membuat pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan seperti SME Bank, Bank Pembangunan atau geran daripada kementerian berkaitan.

Usahawan yang berjaya dalam pinjaman ini hendaklah menggunakan pinjaman tersebut khusus untuk perniagaan sahaja dan tidak seharusnya menggunakan untuk tujuan yang lain seperti melangsaikan pinjaman, membeli kenderaan, mengubahsuai premis perniagaan atau sebagainya. Ini adalah penting untuk mendisiplinkan diri dalam membayar kembali pinjaman tersebut. Lagipun, niat untuk meminjam biarlah selari dengan niat untuk memajukan perniagaan. Sekiranya niat itu dialihkan untuk tujuan lain maka nescaya perniagaan kita tidak akan selamat dan maju jaya. Ini disebabkan tujuan yang lain itu akan menghancurkan minat untuk maju dalam perniagaan kerana pinjaman untuk dijadikan modal perniagaan sudah hilang dan tidak lagi dapat membantu meningkat perniagaan kerana tiada lagi wang.

Para usahawan diingatkan agar jangan lupa mengeluarkan zakat perniagaan kerana ini akan mendatangkan barakah dalam perniagaan. Di atas harta kepunyaan kita ada hak ke atasnya di kalangan saudara mara yang dhaif dan orang fakir miskin di persekitaran mereka. Jika mereka dibantu dengan hak yang wajib diperolehi atas harta kita maka mereka juga boleh membangunkan diri mereka dalam kehidupan seterusnya berupaya untuk mengeluarkan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Inilah hikmah zakat dalam membangunkan ekonomi ummah. 

Hadir sama dalam majlis tersebut, Dato Hj Abdul Rahman B Ibrahim (Ketua Eksekutif PKNK), Hj Bukhari B Abdullah (Pengurus Besar Korporat), Abdul Rahim B Man (Pengurus Operasi) dan pegawai PKNK yang lain.               

Saturday 16 July 2011

Kaum Cina di Kedah tidak dinafikan hak untuk berhibur

Keputusan Kerajaan Negeri menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 menjelang bulan Ramadhan telah menimbulkan salah tanggap di kalangan sesetengah pihak kaum Cina dan parti politik yang mewakili kaum Cina di Kedah. Bagi kaum Cina yang pro Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya duduk semeja dan mendapat penjelasan yang sebenar. Ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham dan tidak mahu menjadikan akhbar sebagai polemik yang sentiasa berpanjangan sedangkan kita akan berhadapan PRU 13 pada bila-bila masa. Pihak Pembangkang cuba menangguk di air keroh seolah-olah menyokong Kerajaan Negeri sedangkan agenda jahat mereka hanyalah untuk melaga-lagakan pimpinan dan memecahbelahkan perpaduan  dalam Pakatan Rakyat di Kedah. Kita jangan mudah melatah.

Sebenarnya orang Cina bebas boleh makan, minum dan berhibur pada bila-bila masa selagi tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada. Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menutup pintu rezeki mereka. Apa yang ingin dikuatkuasakan ialah larangan terhadap orang Islam sahaja. Orang Cina tidak terlibat sama sekali. Tauke Cina yang buka kedai kopi boleh buka kedai di bulan Ramadhan seperti biasa. Orang Islam dilarang makan pada waktu siang dan tidak boleh mengunjungi pusat-pusat hiburan. Apa masalahnya kepada orang Cina ? Apakah rezeki mereka hanya bergantung kepada orang Islam semata-mata?

Oleh itu, tindakan Kerajaan Negeri menghidupkan semula langkah penguatkuasaan Enakmen tersebut yang diputuskan di zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar yang gagal dikuatkuasakan di zaman mereka memerintah adalah suatu penerusan tindakan sedia ada. Ini bukan enakmen baru. Ini bukan pindaan terhadap enakmen tersebut. Ini satu langkah yang baik dan mulia juga sebagai memenuhi kehendak orang Islam yang mahu bulan Ramadhan tidak dicemari dengan budaya negatif. Inilah harapan rakyat yang telah dipenuhi oleh Kerajaan Negeri. Syabas Kerajaan Negeri di atas langkah yang telah diambil untuk memperbetulkan segala kepincangan yang telah dilakukan oleh Kerajaan terdahulu.           

               

Thursday 14 July 2011

Penutupan Pusat-Pusat Hiburan Sepanjang Bulan Ramadhan

Sejak kebelakangan ini, isu larangan oleh semua Pejabat Daerah kepada pemilik premis pusat hiburan mulatto diperkatakan Dan disiarkan secara meluas oleh akhbar arus perdana. Mereka mendakwa Kerajaan Negeri Cuba menyekat hake Dan kebebasan untuk berhibur terutamanya di kalangana masyarakat Bukan Islam menjelang Bulan Ramadhan. Mereka juga Cuba menggambarkan kepada masyarakat Bahawalpur Kerajaan Negeri tidak menghormati kaum tersebut meskipun mereka tidak terikat dengan berpuasa.

Terdapat dua isu yang peril difahami iaitu orang Islam dilarang makan minum di bulan Ramadahan Dan membuka gerai makansebelum pukul 3 petang serta tidak sepatutnya berhibur di bulan yang mulla ini lebih-lebih lagi waktu malam ketika orang sibuk menunaikan Solat Tarawikh. Bagi orang bukan Islam, mereka tidak tertakluk kepada larangan tersebut cuma meek sepatutnya menghormati orang Islam yang berpuasa dengan tidak membuka pus at-pusat hiburan kepada orang Islam.

Dalam hall ini, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Daerah yang merupakan Pegawai Pelesenan Daerah di seluruh negeri Kedah agar menguatkuasakan penutupan pus at-pusat hiburan seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 terutamanya menjelang bulan Ramadhan akan datang. Ini bukan perkara baru kerana undang-undoing tersebut telah lama diperuntukkan sejak 14 tahun yang lalu oleh Kerajaan Barisan Nasional. Cuma Kerajaan hari ini mendapati perkara tersebut telah terlepas pandang di kalangan pegawai-pegawai berkenaan dalam penguatkuasaanya di mana ia akan memberi implikasi yang negatif terhadap perkembangan Syiar Islam Dan di kalangan masyarakat Islam itu sendiri.

Apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat cuba melaksanakan penguatakuasaan terhadap isu hiburan maka ia Cuba dijadikan isu sedangkan ia tidak pula menjadi isu apabila ia tidal dikuatkuasakan oleh Kerajaan sebelum ini. Perlu ditegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menghalang hak dan kebebasan orang bukan Islam untuk membuka kedai makan apatah lagi makan minum semasa di bulan Ramadhan. Terdapat premis makanan yang begitu familiar di bandar Alor Setar seperti Old Town dan Kopitiam yang rata-ratanya dimiliki oleh masyarakat bukan Islam Dan rangkaian perniagaan bersifat antarabangsa iaitu Mc Donald Dan restrain KFC. Kerajaan Negeri hanya menghalang orang Islam sahaja daripada makan Dan minum pada siangnya hari di bulan Ramadhan. Di sampling itu kedai makan Dan Bazar Ramadhan hanya dibenarkan dibuka mulla jam 3 petang ke atas.

Terdapat 2 kategori hiburan seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 iaitu pertama, Lesen untuk pertunjukkan pancaragam Dan bersama penyanyi di hotel-hotel, restoran, bar, kedai-kedai, warung-warung kopi Dan di mana-mana bangunan perniagaan yang orang ramai boleh masuk. Kedua, lesen untuk karaoke/laser disc/video/mtv yang kin terdapat di rumah-ruamah kedai Dan shopping complek.

Sebelum mendapat lesen tersebut, pihak-pihak peril memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah iaitu jennies-jenis hiburan tersebut tidak boleh diadakan dalam bulan Ramadhan atau Hari Jumaat (antara jam 6 petang Hari Khamis sehingga jam 2.30 petang Hari Jumaat kecuali dengan izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri)

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telah memberi pengecualiaan tenting pertunjukkan yang berkaitan keagamaan Dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacauganggu terhadap orang lain.

Tegasnya, penguatkuasaan yang sedang dilakukan oleh semua Pejabat Daerah adalah suatu yang baik Dan positif kepada orang Islam agar mereka menghormati bulan Ramadhan. Lagipun, Kerajaan Negeri memanadang serius hal-hal yang berkaitan orang Islam di samping mempertahankan kemuliaan bulan Ramadhan selaras dengan prinsip Maqasid Syariyyah.

Monday 11 July 2011

Persidangan Ahli Parlimen Gerakan Islam Sedunia

Persidangan Ahli Parlimen Gerakan Islam Sedunia telah diadakan mulai 9 - 12 Julai 2011 di Meritus Hotel & Resort Langkawi. Majlis Perasmian dilakukan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi B Awang yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang. Perwakilan seramai 150 orang mewakili 21 buah negara. Pada malam ini diadakan BBQ di pantai sebagai meraikan mereka yang dihoskan Kerajaan Negeri Kelantan. Malam sebelumnya mereka diraikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ustaz Azizan B Abdul Razak yang turut memberi taklimat tentang pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Esok, para perwakilan Akan meneruskan persidangan dan dijangka tamat pada hari keesokannya.

Monday 4 July 2011

Jangan jual makanan bermasak sebelum 3 petang bulan Ramadan

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 28 Jun: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyediakan sebanyak 1,322 tapak untuk jualan makanan dan 233 tapak jualan pakaian dan barangan hiasan sempena bulan Ramadan ini.

Jumlah itu meliputi 14 lokasi Bazar Ramadan di sekitar Alor Setar dibuka untuk orang ramai yang berminat untuk berniaga sempena bulan puasa ini.

Demikian diberitahu Datuk Bandar Alor Setar Dato’ Khazali Din pada sidang media di pejabatnya.
“Orang ramai boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat MBAS dan tarikh cabutan undi akan bermula pada 3 hingga 11 Julai ini,” katanya.

Pihak MBAS menasihatkan orang ramai supaya tidak menyewakan tapak yang diperolehi itu kepada pihak lain.

“Sesiapa yang berminat hendak menyewa tapak berkenaan bagi tujuan perniagaan hendaklah datang sendiri pada hari cabutan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu beliau juga menasihatkan pengusaha kedai makan di sekitar Alor Setar supaya mematuhi operasi perniagaan menjual makanan siap selepas pukul 3.00 petang di bulan Ramadan ini.

“Walau bagaimama proses menyediakan makanan dan persiapan gerai masing-masing dibolehkan sebelum jam 3.00 petang hanya larangan menjual dikuatkuasakan,” katanya.

Ujarnya lagi larangan itu dikecualikan bagi lima syarikat makanan segera yang dibenarkan menjalankan operasi seperti biasa iaitu Kentucky Fried Chicken, McDonald, Pizza Hutt, A&W dan Kenny Rogers.